Sabtu, 23 April 2016

SMK ABDUL RAHIM, SK SIKUATI JOHAN MSSD KUDAT 2016

Hari kedua kejohanan menyaksikan dua pusingan terakhir begitu sengit bagi setiap kategori terutama di Top Board sehinggakan ada perlawanan yang memakan masa hingga ke minit-minit akhir.

Pusingan 4 bermula pada jam 8:30 pagi dan 15 minit selepas tamatnya Pusingan 4, Pusingan 5 dimulakan.

Pusingan 5 LB18

Pusingan 5 PB18

Pusingan 5 LB12

Pusingan 5 PB12

Pusingan 5 LB15

Pusingan 5 PB15

Antara moments menarik sepanjang pusingan terakhir...









Berakhir sahaja pusingan 5, maka persiapan untuk Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil dimulakan oleh para Sukarelawan yang bertugas...

Penyusunan meja dan kerusi








Para Guru Pengiring memerhati keputusan Final Rank..


Menunggu VIP, Pengetua SMK Pinawantai untuk merasmikan penutupan majlis

Para Sukarelawan SMK Pinawantai yang bertungkus-lumus menjayakan kejohanan..





Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku diikuti oleh Ucapan Perasmian Penutupan oleh Tn. Pengetua SMK Pinawantai.



Seterusnya, tibalah acara yang paling dinantikan oleh setiap pasukan dan para peserta iaitu pengumuman keputusan penuh Kejohanan Catur MSSD Kudat bagi tahun 2016 yang disampaikan oleh Cikgu Nicholas selaku Ketua Teknikal.

Pengumuman dimulakan dengan penyampaian Sijil Penyertaan bagi setiap peserta melalui pasukan (sekolah) masing-masing..








































Seterusnya, pengumamn JOHAN KESELURUHAN bagi kategori Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah. Berikut adalah keputusan Tempat Pertama hingga Tempat Ketiga.



SEKOLAH RENDAH
JOHAN - SK. SIKUATI - 27 Mata
NAIB JOHAN - SK. LAMPAKI - 23 Mata
KETIGA - SK. ST. JAMES - 18.5 Mata

SEKOLAH MENENGAH
JOHAN - SMK. ABDUL RAHIM - 52 Mata (Juara Edisi 2015)
NAIB JOHAN - SMK. PINAWANTAI - 40.5 Mata
KETIGA - SMK. ST. PETER - 39.5 Mata


Pemenang Tempat Pertama-Keenam Kategori B12

Pemenang Tempat Pertama-Keenam Kategori B15

Pemenang Tempat Pertama-Keenam Kategori B18

SENARAI NAMA PEMENANG MENGIKUT KATEGORI DILAMPIRKAN DIPAUTAN INI [KLIK]

ALBUM PENUH SEPANJANG KEJOHANAN [KLIK]


Kejohanan kali ini sedikit sebanyak mencatatkan suatu peningkatan memberangsangkan di mana penyertaan adalah seramai 145 orang peserta berbanding 118 orang pada tahun lepas. Semoga penyertaan bertambah menggalakkan lagi pada tahun hadapan disamping kekuatan para AJK yang bertugas.

Pihak Jawatankuasa dan Penganjur memohon maaf atas segala kelemahan dan kekurangan yang dihadapi sepanjang melaksanakan kejohanan ini. Terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus-lumus berusaha untuk menjayakan kejohanan kali ini. Semoga penganjuran catur dan sukan catur di daerah Kudat dapat dipertingkatkan lagi di masa akan datang, lebih baik dari yang sebelumnya.

Kepada mereka yang terpilih ke dalam Kudat Squad, selamat berlatih dan berjuang di peringkat Bahagian Utara nanti. Jadikan pertandingan di peringkat MSS ini sebagai peluang untuk mengasah bakat catur anda. SELAMAT MAJU JAYA!