Rabu, 18 Mei 2016

TUJUH WAKIL KE MSS NEGERI, SYABAS SKUAD KUDAT!

Skuad Catur Kudat semasa sesi penutup Latihan Pusat, 11hb Mei yang lalu.

Membanggakan!

Itulah kesimpulan secara keseluruhan mengenai prestasi dan pencapaian Skuad Kudat di Kejohanan Catur Individu (lima pusingan) Majlis Sukan Sekolah peringkat Bahagian Utara (MSSBU) yang berlangsung pada 16-17hb Mei yang lalu di SMK Taun Gusi II, Kota Belud.

Kontinjen Kudat telah menghantar seramai 33 orang peserta diketuai oleh YM. Sh. Azad Sh. Azad (Ketua Pegawai PPD Kudat), En. Jais Abd. Ghani (Pen. Ketua Kontinjen), En. Jonrim Minsi (Pengurus Pasukan), Pn. Norsyahidah Abdul Manap (Pen. Pengurus), En. Nicholas Jinidu Chua (Ketua Jurulatih), dan beberapa orang guru lagi sebagai Arbiter dan juga Guru Pengiring. Skuad Kudat kali ini dibarisi sekurang-kurangnya seorang pemain yang berpengalaman di kejohanan peringkat bahagian bagi beberapa kategori pada tahun-tahun yang lalu. Selebihnya adalah bakat baru yang berjaya melepasi cabaran di peringkat daerah.

Mengulas mengenai prestasi semasa permainan para peserta, En. Nicholas Chua yang juga merupakan Ketua Jurulatih Skuad Kudat berkata, terdapat tiga kelemahan utama dalam permainan mereka.

"Secara umum, kelihatan mereka tidak berapa biasa bermain long game (Kawalan Masa yang lebih lama) jadi mereka kurang dalam mengira gerakan yang terbaik (calculate the best move). 70% tidak mahir dalam pertahanan (defense) yang menyebabkan Black Lost Percentage adalah tinggi. Sebahagian pula lemah dalam Setup, dimana mereka bermasalah bermula seawal Opening lagi. Situasi mereka di Middlegame adalah untuk bertahan sahaja."

Pemerhatian semasa perlawanan berlangsung tersebut kemudiannya disokong dengan hasil dapatan setelah tamat semua pusingan dan keputusan rasmi diumumkan*. Namun disebalik situasi tersebut, Skuad Kudat berjaya mencatat prestasi membanggakan di tiga kategori iaitu Lelaki Bawah 18 Tahun (L-B18), Perempuan Bawah 15 Tahun (P-B15) dan Perempuan Bawah 12 Tahun (P-B12).

Skuad Kudat ketika sarapan di hari pertama kejohanan.

Mohd. Irwan Syafiq Abd. Kadir dari SMK Abdul Rahim muncul Juara Kategori Lelaki B18 mengumpul 4.0 mata dari 5 pusingan dengan kelebihan Tiebreak (pemutus seri) mengatasi dua orang pemain pilihan iaitu  Vincent Er (Kedua, Kota Marudu) dan Vernord Musran (Ketiga, Pitas) yang juga mengumpul 4.0 mata keseluruhan. Lebih manis, Irwan tidak mempunyai sebarang Rating berbanding pencabar terdekatnya yang mempunyai Rating iaitu masing-masing 1400 dan 1320. Mengiringi Irwan ialah Jason Vitus dari SMK St. Peter dengan mata 3.5 dikedudukan Kelima.

Deelnie Justin dari SMK Pinawantai mengungguli Kategori P-B15 dengan pungutan mata 4.5. Deelnie (Rating 1217) yang berpengalaman sehingga ke peringkat MSSM (Kebangsaan) mempamerkan prestasi cemerlang dengan mengatasi pemain pilihan yang mempunyai Rating setinggi 1520, Vianna Dennia Daniel dari Kota Marudu di Tempat Kedua (4.0 mata). Tempat Ketiga disandang oleh Aryani Rima (Rating 1075) juga dari Kota Marudu dengan mata 3.5. Mengiringi Deelnie ialah Mary Magdalene Nicholas (Rating 1192) dari SMK St. Peter dengan mata 3.5 dikedudukan Keempat.

Nursyahidah Mohd. Yunus (SK Sikuati) dan Cherwina Mapangong (SK. Lampaki) menceriakan kem Kategori Bawah 12 Tahun Skuad Kudat apabila masing-masing mendapat Tempat Kedua dan Keempat dengan pungutan 4.0 mata. Juara disandang oleh Elya Clarissa James (Rating 1200, 4.5 mata) dari Kota Belud manakala Tempat Ketiga ialah Siti Aisyah Bani Ismail (4.0 mata) dari Kota Marudu.

Kategori Perempuan Bawah 18 Tahun Skuad Kudat mencatatkan keputusan sederhana dimana keputusan terbaik dicatat oleh Cinderella Justin (SMK Pinawantai, Rating 1301) dikedudukan Keenam dengan pungutan 3.5 mata sekali gus menjadi wakil tunggal Skuad Kudat mengisi tempat dalam Kontinjen Utara bagi Kategori P-B18. Juara disandang oleh Esmareldah Bahanggai dari Kota Marudu (4.5 mata), Florika Modzomon dari Pitas di Tempat Kedua (4.0 mata) dan Marianeh Ayim dari Kota Belud di Tempat Ketiga dengan pungutan mata 4.0.

Kategori Lelaki Bawah 12 Tahun dan Bawah 15 Tahun Skuad Kudat masing-masing mencatat keputusan keseluruhan yang kurang memberangsangkan dimana keputusan terbaik hanya dicatat oleh Dennis Damian Nicholas (SK St. Peter, Rating 1122) dikedudukan Kelapan (3.0 mata) dan Abdul Wahid Khazri (SMK Abdul Rahim) dikedudukan Kesepuluh (3.0 mata). Juara L-B12 disandang oleh Nizar Sauf Masni dari Kota Belud dengan pungutan mata 4.5. Tempat Kedua, Christoper Aby Jasli dari Kota Marudu (4.0 mata) dan Ketiga, Sharif Mohd. Azam dari Kota Belud (4.0 mata). Juara L-B15 pula diungguli oleh Abera Albert Akang dari Kota Marudu (Rating 1453, 4.0 mata), Tempat Kedua, Datu Mohd. Wafi Irfan juga dari Kota Marudu (Rating 1550, 4.0 mata) dan Ketiga disandang oleh Mohd. Hamizan Abdullah dari Kota Belud (3.5 mata).

*Prestasi Keseluruhan Skuad Kudat; 55% Menang dengan Putih dan hanya 45% Menang dengan Hitam


Berikut merupakan keputusan penuh Skuad Kudat:-

Nama/Sekolah/Kedudukan/Mata

#1 P-B15 (24 Peserta)
1. Deelnie Justin / SMK Pinawantai / JUARA / 4.5
2. Mary Magdalene Nicholas / SMK St. Peter / Ke-4 / 3.5
3. Jeroline Janios / SMK Matunggong / Ke-10 / 3.0
4. Tracy Leong Thomas / SMK Sikuati II / Ke-12 / 3.0
5. Nur Aisyah Mohd. Juari / SMK Abdul Rahim / Ke-13 / 3.0
6. Jess Viona Josini / SMK Sikuati II / Ke-17 / 2.0

#2 L-B18 (22 Peserta)
1. Mohd. Irwan Syafiq Abdul Kadir / SMK Abdul Rahim / JUARA / 4.0
2. Jason Vitus / SMK St. Peter / Ke-5 / 3.5
3. Shahril Nizam Matzan / SMK Abdul Rahim / Ke-8 / 3.0
4. Jeprins Jopirun / SMK Pinawantai / Ke-9 / 2.5
5. Mohammad Khalid Banzamin / SMK Abdul Rahim / Ke-13 / 2.5

#3 P-B12 (24 Peserta)
1. Nursyahidah Mohd. Yunus / SK Sikuati / Ke-2 / 4.0
2. Cherwina Mapangong / SK Lampaki / Ke-4 / 4.0
3. Nur Fatin Aqilah Hamidi / SK Sikuati / Ke-9 / 3.0
4. Nur Alia Mohd. Juari / SK Tun Datu Hj. Mustapha / Ke-14 / 2.0
5. Christeny Evy Justin / SK Sikuati / Ke-15 / 2.0
6. Shermila Polinah Dusilip / SK Lampaki / Ke-17 / 2.0

#4 P-B18 (24 Peserta)
1. Cinderella Justin / SMK Pinawantai / Ke-6 / 3.5
2. Weitei Kinsim / SMK Pinawantai / Ke-10 / 3.0
3. Ailfadilin Bidin / SMK Abdul Rahim / Ke-12 / 2.0
4. Nurhazwani Rushidi / SMK St. Peter / Ke-14 / 2.0
5. Hasnira Kasbulah / SMK Abdul Rahim / Ke-20 / 1.5
6. Louradilla Jaffrin / SMK Matunggong / Ke-22 / 1.0

#5 L-B12 (24 Peserta)
1. Dennis Damian Nicholas / SK St. Peter / Ke-8 / 3.0
2. Mohd. Farhan Izwan / SK St. James / Ke-15 / 2.0
3. Aaron Ascarl Jaos / SK Lampaki / Ke-17 / 2.0
4. Hanif Khan Hakim Dad / SK Sikuati / Ke-20 / 2.0
5. Mohd. Asrul Haiqal / SK St. James / Ke-23 / 1.0
6. Valythere Jose / SK Lokoton / Ke-24 / 0.0

#6 L-B15 (22 Peserta)
1. Abdul Wahid Khazri / SMK Abdul Rahim / Ke-10 / 3.0
2. Jaidin Moguping / SMK Matunggong / Ke-14 / 2.0
3. Isham Nurhak / SMK Abdul Rahim / Ke-19 / 1.5
4. Mohammad Raihan Sharul / SMK St. Peter / Ke-21 / 1.0


ALBUM PENUH [KLIK]. Kredit En. Jonrim dan En. Nicholas (gambar semasa kejohanan).


Setinggi-tinggi SYABAS DAN TAHNIAH diucapkan kepada Kontinjen Kudat diatas pencapaian yang membangga dan memberangsangkan ini. Setinggi-tinggi Terima Kasih diucapkan kepada pihak pengurusan khususnya diperingkat Pejabat Pendidikan Daerah Kudat, Pengurusan Pasukan, para Guru Pengiring, Jurulatih dan semua pihak lain yang terlibat atas kerjasama dan komitmen tinggi memantapkan lagi Skuad Catur Kudat pada tahun ini.


Semoga kerjasama erat dan komitmen bersepadu ini dapat dikekal dan dimantapkan lagi menjelang persiapan bagi menghadapi kejohanan-kejohanan seterusnya. Semestinya, persediaan awal yang rapi dapat menambahkan lagi kemantapan persiapan sama ada bagi individu mahupun pasukan. Sebagai contoh yang telah dimulakan ialah, inisiatif Latihan Pusat dan kolaborasi dengan pihak luar yang berkaitan merupakan mekanisme terbaik yang perlu diteruskan di dalam "Membudayakan Catur" ke tahap yang lebih mantap dan berkesan khususnya bagi bakat-bakat catur yang perlu digilap sebaiknya.


Kepada para Warriors, tahniah diucapkan kepada yang berjaya dan mantapkan lagi persediaan menjelang MSS Negeri yang dijadual pada 24-27hb Mei di Lahad Datu. Yang kurang berjaya, syabas diucapkan dan cuba lagi dimasa depan. Kalah-Menang merupakan lumrah biasa dalam permainan catur. Apa yang penting kepada semua (yang berjaya dan yang kurang berjaya), tekadkan iltizam dan usaha berterusan memperbaiki kelemahan serta tambah baik lagi kualiti sedia ada. Ini kerana, catur adalah pembelajaran yang berterusan dan untuk dinikmati (enjoying) sepanjang hayat.

"Lose a game but do not lose the LESSON." - Anonymous Chess Master

The 11th World Chess Champion - Robert James Fischer (1943-2008)

Jumpa lagi di tahun hadapan!


SALAM KUDAT JUARA! 

GENS UNA SUMUS!



Berita Berkaitan:

Jumaat, 13 Mei 2016

LATIHAN PUSAT SKUAD CATUR KUDAT

Para peserta dan guru pengiring yang hadir mengabadikan kenangan pada sesi penutup di Bilik Mesyuarat SMK Abdul Rahim, Kudat


Pada 10-11hb Mei yang lalu, satu Latihan Pusat Skuad Catur Kudat sempena Majlis Sukan Sekolah Bahagian Utara (MSSB Utara) 2016 telah diadakan di SMK Abdul Rahim, Kudat dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kudat (PPD Kudat) selaku Penganjur. Latihan berpusat ini merupakan julung-julung kali diadakan setelah sekian lama.

Latihan pusat ini bertujuan untuk mensepadukan latihan catur di kalangan para wakil yang sebelum ini hanya dilakukan di sekolah masing-masing oleh guru catur mereka dan memberi peluang untuk mempelajari dan berlatih catur dengan pendekatan yang lebih formal, sistematik dan berlatih dalam kalangan mereka dan antara para jurulatih. Disamping itu, para peserta juga dapat mengeratkan silaturrahim antara mereka dan seterusnya sebagai satu pasukan Skuad Catur yang lebih mantap bagi menghadapi persaingan di peringkat Bahagian, Negeri dan seterusnya dikejohanan terbuka yang lain di masa hadapan.

Sebanyak tiga sesi utama telah dijalankan oleh tiga orang jurulatih utama. Sesi 1 dan 2 adalah pada hari pertama dan Sesi 3 pula pada hari kedua, kesemuanya disebelah pagi. Manakala sesi petang pula ialah sesi latihan dan analisis post-mortem bagi permainan yang terpilih.



SESI 1
Pengenalan Kepada Permainan Catur (fokus: Notasi, Peraturan Utama dan Psikologi semasa bermain)
Penceramah - En. Mohd. Samizul Samad (Mengayau Chess Club)



SESI 2
Fasa Dalam Permainan Catur
Penceramah - En. Nicholas Chua (SRK ST. Peter)



SESI 3
Analisis Post-Mortem Permainan Terpilih (Game 1)
Penceramah - En. Jonrim Minsi (SMK Sikuati II)

Menjadi Pencatur Yang Hebat
Semua Jurulatih (mengikut Kategori)


Sesi Latihan (Sparring) dan Analisis Permainan













Lebih banyak gambar di sini [ALBUM]


Diharapkan dengan adanya latihan pusat ini, para wakil catur daerah Kudat dan para guru dapat menambahkan lagi pengetahuan dan menambah baik kualiti permainan mereka bukan sahaja sebagai persediaan dalam kejohanan MSS tetapi juga mana-mana pertandingan catur yang diadakan di mana-mana tempat.

Setinggi terima kasih di atas komitmen dan kerjasama padu dari semua pihak dalam menjayakan latihan pusat ini khususnya kepada Urusetia/Jurulatih yang diketuai oleh En. Jonrim, En. Nicholas, Pn. Nursyahidah (SMK Abdul Rahim) dan En. Mohd. Samizul (wakil Mengayau Chess Club), para guru pengiring dan para peserta Skuad Catur MSSBU Daerah Kudat tahun 2016.


Skuad Catur Kudat (senarai penuh peserta ada di sini - KLIK) akan mula bertolak ke tempat pertandingan Kejohanan Catur MSSBU iaitu di SMK Taun Gusi II, Kota Belud selaku tuan rumah penganjur pada hari Ahad, 15hb Mei. Kejohanan akan berlangsung pada 16-17hb Mei.

Doakan semoga perjalanan mereka selamat pergi dan kembali, dan semoga memperoleh pengalaman dan hasil usaha yang terbaik di sana. WISH YOU ALL THE BEST AND GOOD LUCK!!!

SALAM KUDAT JUARA!
GENS UNA SUMUS!