PERATURAN

FIDE Rules and Tournament Regulations Commission

1. FIDE Laws of Chess and Other Regulations [KLIK]
2. FIDE Files and Documents [KLIK]


PERATURAN KEJOHANAN OLEH JAWATANKUASA PENGANJUR (2016)

1.0 NAMA PERTANDINGAN
Kejohanan Catur MSSD Pejabat Pendidikan Daerah Kudat

2.0 PENGANJUR
Unit Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pendidikan Daerah Kudat

3.0 PENGELOLA
Jawatankuasa Khas Kejohanan yang dilantik

4.0 PERATURAN UMUM
Seperti Peraturan Yang Dilampirkan

5.0 PERATURAN TAMBAHAN
Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa Penganjur adalah berhak meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjuran.

6.0 JENIS PERTANDINGAN
6.1 Kejohanan Individu.

7.0 HADIAH DAN SIJIL
7.1 Acara Individu – Sijil bagi tempat Pertama, Kedua,  Ketiga, Keempat dan Sijil Penyertaan

7.2 Keseluruhan mengikut kategori umur – Johan, Naib Johan dan Ketiga keseluruhan mengikut kategori sekolah rendah dan menengah

8.0 ACARA PERTANDINGAN
8.1 Setiap Sekolah dibenarkan menghantar TIDAK LEBIH daripada dua ( 4 ) orang peserta bagi setiap acara.

8.2 Acara hendaklah disertai oleh peserta mengikut kohort umur 12TKB, 15TKB dan 18TKB.

9.0 PENDAFTARAN PESERTA – PESERTA
9.1 Pendaftaran peserta yang berwarganegara Malaysia hendaklah dibuat sebelum kejohanan dengan menggunakan Borang Penyertaan Rasmi yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola. Butir-butir tentang seseorang peserta hendaklah dilengkapkan dan disahkan oleh Guru Besar

9.2 Setiap Peserta  hendaklah menyertakan BORANG R 01 (bagi Sekolah Rendah)

9.3 Peserta hendaklah bertanding dalam kategori umur masing-masing. ( contoh : peserta berumur 12 tidak boleh bertanding dalam kategori umur 15, 18 dan sebaliknya )

10.0 PENGESAHAN PESERTA – PESERTA
10.1 Penganjur akan memberi mandat kepada Jawatankuasa Pertandingan untuk membuat undian dan buku pertandingan akan dikeluarkan serta diedarkan kepada semua pengurus pasukan sekolah (Jika ada).

10.2 Nama-nama   peserta   yang   akan   mengambil   bahagian  dalam semua acara
hendaklah disahkan selewat-lewatnya pada sesi pendaftaran kejohanan. Segala pertukaran boleh dilakukan sebelum undian kejohanan dibuat.

11.0 TAKLIMAT PENGURUS – PENGURUS PASUKAN
Semasa taklimat  ini, hanya penarikan diri TANPA penggantian dibenarkan

12.0 PENARIKAN DIRI SEMASA KEJOHANAN DIJALANKAN
Jika didapati seseorang peserta setelah disahkan semasa Taklimat Pengurus-Pengurus Pasukan, tidak mengambil bahagian dalam sesuatu acaranya, KECUALI jika dapat mengemukakan surat pengesahan sakit / cedera daripada Pegawai Perubatan Kejohanan, atlet berkenaan berkenaan tidak akan dibenarkan menyertai acara-acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya.

Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara selepas mangambil bahagian dalam pusingan awal, tanpa surat pengesahan sakit / cedera daripada Pegawai Perubatan Kejohanan, adalah dianggap sebagai menarik diri daripada semua acara seterusnya yang didaftar atas namanya.
Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara atas nasihat Pegawai Perubatan Kejohanan, hanya boleh mengambil bahagian seterusnya dalam semua acara yang didaftarkan atas namanya dengan mengemukakan surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kejohanan kepada Pengurus Kejohanan

13.0 MELAPORKAN DIRI PESERTA
13.1 Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung. Selepas itu, mereka akan diiringi ke tempat pertandingan oleh arbiter kejohanan.

13.2 Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknik  dalam arena pertandingan sebelum mendapat kebenaran rasmi dari pihak urusetia kejohanan selepas pemasangan peserta.

13.3 Hebahan tentang panggilan peserta-peserta untuk melaporkan diri bagi acara-acara mereka TIDAK AKAN DIBUAT. Maklumat meminta peserta melaporkan diri hanya disiarkan dipapan kenyataan di tempat Penyelia Peserta. Hebahan hanya akan dibuat sekiranya terdapat sebarang pindaan dalam susunan acara atau program kejohanan.

13.4 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan mempunyai alat tulis masing-masing yang lengkap.

13.5 Apabila melaporkan diri untuk tiap-tiap acara, seseorang peserta mesti masuk dan duduk ditempat yang telaah ditetapkan mengikut ketetapan penganjur.

13.6 Peserta-peserta yang lewat melebihi 15 minit selepas acara meraka dimulakan, TIDAK AKAN DIBENARKAN mengambil bahagian dalam acara tersebut dan akan dianggap sebagai telah kalah dalam pusingan tersebut.

14.0 PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN
Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk ke arena pertandingan diringi oleh arbiter.

15.0 LATIHAN PEMANASAN
Peserta-peserta tidak dibenar menggunakan meja pertandingan untuk berlatih atau bermain Catur sebelum atau selepas satu-satu pusingan kejohanan berlangsung.

16.0 BANTAHAN
Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan.

16.1 Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah
dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada Lima belas ( 15 ) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara pusingan awal

16.2 Tiga puluh ( 30 ) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara peringkat akhir

16.3 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan wang Pertaruhan sebanyak RM 300.00 ( Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Sahaja )


17.0 HAK – HAK JAWATANKUASA PENGELOLA
Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan, tetapi Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik dan Unit Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pendidikan Daerah Kudat, berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pemindaan, Pengurus-Pengurus Pasukan akan diberitahu.

17.1 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam Peraturan-PeraturanAm MSSD Kudat atau Peraturan-Peraturan Pertandingan Kejohanan Catur MSSD Kudat.

18.0 HAL – HAL LAIN
18.1 Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai. Individu yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut.

18.2 Selain daripada Pegawai-Pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil bahagian, TIDAK SESIAPAPUN DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN.

18.3 Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota badan / harta benda atau sebarang kecederaan lain berlaku :
a. Semasa perjalanan pergi dan balik dari sekolah ke tempat kejohanan
b. Semasa kejohanan dijalankan
c. Di dalam dan di luar kawasan tempat kejohanan

18.4 Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang munasabah.


Peraturan Umum Pertandingan [KLIK]

1. Tempoh Kawalan Masa
2. Rekod Pergerakan Buah  (Notation)
3. Touch-move Rule
4. Promoting the Pawn
5. Sikap Semasa Bermain
6. Bantuan Arbiter



Kemas kini terakhir: 7 April 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih Atas Maklumbalas Anda!