Jumaat, 13 Mei 2016

LATIHAN PUSAT SKUAD CATUR KUDAT

Para peserta dan guru pengiring yang hadir mengabadikan kenangan pada sesi penutup di Bilik Mesyuarat SMK Abdul Rahim, Kudat


Pada 10-11hb Mei yang lalu, satu Latihan Pusat Skuad Catur Kudat sempena Majlis Sukan Sekolah Bahagian Utara (MSSB Utara) 2016 telah diadakan di SMK Abdul Rahim, Kudat dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kudat (PPD Kudat) selaku Penganjur. Latihan berpusat ini merupakan julung-julung kali diadakan setelah sekian lama.

Latihan pusat ini bertujuan untuk mensepadukan latihan catur di kalangan para wakil yang sebelum ini hanya dilakukan di sekolah masing-masing oleh guru catur mereka dan memberi peluang untuk mempelajari dan berlatih catur dengan pendekatan yang lebih formal, sistematik dan berlatih dalam kalangan mereka dan antara para jurulatih. Disamping itu, para peserta juga dapat mengeratkan silaturrahim antara mereka dan seterusnya sebagai satu pasukan Skuad Catur yang lebih mantap bagi menghadapi persaingan di peringkat Bahagian, Negeri dan seterusnya dikejohanan terbuka yang lain di masa hadapan.

Sebanyak tiga sesi utama telah dijalankan oleh tiga orang jurulatih utama. Sesi 1 dan 2 adalah pada hari pertama dan Sesi 3 pula pada hari kedua, kesemuanya disebelah pagi. Manakala sesi petang pula ialah sesi latihan dan analisis post-mortem bagi permainan yang terpilih.



SESI 1
Pengenalan Kepada Permainan Catur (fokus: Notasi, Peraturan Utama dan Psikologi semasa bermain)
Penceramah - En. Mohd. Samizul Samad (Mengayau Chess Club)



SESI 2
Fasa Dalam Permainan Catur
Penceramah - En. Nicholas Chua (SRK ST. Peter)



SESI 3
Analisis Post-Mortem Permainan Terpilih (Game 1)
Penceramah - En. Jonrim Minsi (SMK Sikuati II)

Menjadi Pencatur Yang Hebat
Semua Jurulatih (mengikut Kategori)


Sesi Latihan (Sparring) dan Analisis Permainan













Lebih banyak gambar di sini [ALBUM]


Diharapkan dengan adanya latihan pusat ini, para wakil catur daerah Kudat dan para guru dapat menambahkan lagi pengetahuan dan menambah baik kualiti permainan mereka bukan sahaja sebagai persediaan dalam kejohanan MSS tetapi juga mana-mana pertandingan catur yang diadakan di mana-mana tempat.

Setinggi terima kasih di atas komitmen dan kerjasama padu dari semua pihak dalam menjayakan latihan pusat ini khususnya kepada Urusetia/Jurulatih yang diketuai oleh En. Jonrim, En. Nicholas, Pn. Nursyahidah (SMK Abdul Rahim) dan En. Mohd. Samizul (wakil Mengayau Chess Club), para guru pengiring dan para peserta Skuad Catur MSSBU Daerah Kudat tahun 2016.


Skuad Catur Kudat (senarai penuh peserta ada di sini - KLIK) akan mula bertolak ke tempat pertandingan Kejohanan Catur MSSBU iaitu di SMK Taun Gusi II, Kota Belud selaku tuan rumah penganjur pada hari Ahad, 15hb Mei. Kejohanan akan berlangsung pada 16-17hb Mei.

Doakan semoga perjalanan mereka selamat pergi dan kembali, dan semoga memperoleh pengalaman dan hasil usaha yang terbaik di sana. WISH YOU ALL THE BEST AND GOOD LUCK!!!

SALAM KUDAT JUARA!
GENS UNA SUMUS!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih Atas Maklumbalas Anda!