Khamis, 7 April 2016

PERATURAN UTAMA SEMASA PERTANDINGAN

Peraturan Utama Semasa Pertandingan

Setiap pertandingan catur mempunyai tahap atau standard peraturannya mengikut kelas penganjuran pertandingan tersebut. Contohnya, jika pertandingan tersebut ingin menjadi kelas FIDE-Rated, maka semua undang-undang, peraturan dan keperluan-keperluan tertentu hendaklah disediakan dan memenuhi kriteria/standard FIDE.

Berikut merupakan beberapa aspek yang sentiasa melibatkan undang-undang dan peraturan di dalam pertandingan catur:

1. TEMPOH KAWALAN MASA
Bagi Kejohanan Catur MSSD Kudat, tempoh kawalan masa adalah SATU JAM bagi setiap pemain (jumlah tempoh masa maksimum perlawanan ialah Dua Jam). Tiada penambahan sela masa (no increment).

a. Pemain yang kehabisan masa (timeout) akan dikira kalah (lost on time).

b. Selepas bersalaman, pemain Hitam hendaklah menekan butang Start pada Jam Catur bagi memulakan permainan. Setelah itu, barulah pemain Putih menggerakkan buahnya.

c. Setelah Arbiter mengumumkan bahawa pusingan telah bermula, pemain yang gagal hadir di Papan pada pusingan tersebut dalam tempoh 30 MINIT akan dikira kalah (forfeit by time).



2. REKOD PERGERAKAN BUAH (NOTATION)
Dalam Kejohanan MSSD Kudat, Notasi pada Scoresheet adalah diwajibkan.

a. Pemain yang tidak menulis Notasi pada Scoresheet akan hilang kelayakan untuk membuat pengaduan jika timbul sebarang isu/permasalahan berkaitan pergerakan buah.

b. Scoresheet hendaklah diisi dengan maklumat yang dikehendaki dengan lengkap.

c. Dilarang menconteng atau menulis apa-apa tulisan, contengan, dan tanda yang tidak berkaitan dengan notasi catur pada Scoresheet.

d. Kedua-dua pemain hendaklah melengkapkan keputusan permainan, menurunkan tandatangan pada kedua-dua Scoresheet (sendiri dan lawan) dan menyemaknya dengan teliti sebelum dihantar kepada Arbiter. Setelah Arbiter menurunkan tandatangan pada Scoresheet tersebut, ianya dikira telah sah.



3. TOUCH-MOVE RULE

a. Pemain yang telah menyentuh suatu buah, dengan maksud menggerakkannya, maka buah tersebut wajib digerakkan kecuali ianya Illegal Move.

b. Pemain yang telah menyentuh suatu buah, menggerakkannya ke suatu petak tapi belum melepaskan pegangan/sentuhan ke atas buah tersebut, maka pemain tersebut boleh menukar/memilih petak yang lain yang sah untuk pergerakan buah tersebut.

Ini bermaksud, gerakan buah ke petak tersebut di kira sah dan muktamad setelah pemain melepaskan pegangan/sentuhan keatasnya. Sekiranya pemain tadi mengubah ke petak lain setelah melepaskannya, ia dikira melanggar peraturan dan akan dikenakan Penalti.

c. Sekiranya lawan melakukan kesalahan seperti di atas, pemain hendaklah menekan butang Pause pada Jam Catur dan mengangkat tangan (tanpa suara) memanggil Arbiter bagi membuat aduan.



4. PROMOTING THE PAWN

Semasa pemain hendak melakukan promotion:

a. Pastikan buah yang bakal di promoted tadi berada di sekitar papan supaya senang diambil.

b. Apabila Pawn tiba sahaja di petak promotion, maka promotion hendaklah dilakukan segera dengan menukar Pawn tadi kepada buah yang dikehendaki.

c. Setelah selesai melakukan promotion, barulah pemain menekan Jam dan menulis notasi di Scoresheet.



5. SIKAP SEMASA BERMAIN

Ada banyak situasi yang melibatkan sikap pemain semasa permainan masih berjalan dan ianya melibatkan peraturan yang dikuatkuasa. Antara sikap tersebut ialah:

a. Pemain dilarang bercakap dengan lawan, pemain lain yang berada di dalam kawasan pertandingan (sama ada pemain yang sedang bermain atau telah habis bermain) dan juga orang lain yang dikira sebagai penonton.

b. Pemain dilarang membuat apa-apa isyarat, tanda dan gaya yang boleh menimbulkan syak penipuan. Alatan elektronik seperti Telefon, Tablet dll adalah dilarang di bawa masuk ke kawasan pertandingan.

c. Pemain dilarang membuat apa-apa tabiat dan kelakuan yang boleh menimbulkan gangguan (distraction) kepada lawan atau pemain lain semasa permainan berlangsung seperti bersiul, menyanyi kecil dsb.

d. Pemain dilarang makan semasa bermain. Botol minuman hendaklah diletakkan di bawah meja semasa bermain.

e. Pemain hendaklah bersalaman sebelum memulakan permainan.

f. Pemain hendaklah sentiasa menunjukkan rasa hormat dan sikap profesional semasa bermain terhadap lawan, pemain lain, Arbiter para AJK dan orang lain sepanjang kejohanan/pertandingan berlangsung.



6. BANTUAN ARBITER

Sewaktu permainan berlangsung, jika berlaku sebarang isu, permasalahan atau ingin mendapatkan bantuan Arbiter yang bertugas, pemain perlulah menekan butang Pause pada Jam dan mengangkat tangan dengan tinggi bagi menarik perhatian Arbiter.

Satu Appeal Committe akan bertindak jika terdapat sebarang pengaduan oleh pemain atau pengiring pemain yang tidak berpuas hati dengan justifikasi/keputusan Arbiter. Bayaran Fi RM50 bagi setiap pengaduan dikenakan.



Kemas kini terakhir: 7 April 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih Atas Maklumbalas Anda!