Isnin, 11 April 2016

FASA DALAM CATUR - ENDGAME

Terdapat TIGA Fasa Catur iaitu Opening, Middlegame dan Endgame. Kesemua fasa ini amat penting dan perlu dikuasai sebaik mungkin oleh setiap pemain catur. Tulisan ini menyentuh secara ringkas pengenalan beberapa idea/konsep dalam ketiga-tiga fasa.

FASA OPENING [BACA]

FASA MIDDLEGAME [BACA]

FASA ENDGAME

Endgame atau End game / Ending ialah tahap/fasa dimana hanya beberapa buah lagi yang tinggal di papan. Terdapat tiga perbezaan strategik antara tahap awal dan tahap akhir permainan:

1. Semasa Endgame, Pawns menjadi lebih penting, kerana untuk menjayakan promotion dengan menghalakannya ke Rank 8 bagi Putih atau Rank 1 bagi Hitam.

2. King, yang semasa di Middlegame perlu dilindungi sepenuhnya kini berubah menjadi buah yang terkuat sekali. Ia selalu digerakkan ke arah tengah papan di mana ia boleh melindungi Pawns, menyerang Pawns lawan dan menyekat pergerakan King lawan.

3. Zugzwang, iaitu satu kekurangan (disadvantage) dimana seorang pemain terpaksa melakukan (atau tiada pilihan lain) gerakan yang akhirnya merugikan kepada dirinya sendiri. Perhatikan contoh di bawah.

Gambar 1   Contoh situasi Zugzwang. Pemain yang gilirannya melakukan gerak adalah dalam keadaan rugi (disadvantage)

-Sekiranya giliran Hitam gerak, dia tiada pilihan lain kecuali Kb7. Ini akan menyebabkan Putih promote Pawn selepas dia gerak Kd7.

-Sekiranya giliran Putih gerak, dia akan menyebabkan Seri jika gerak Ke7/Ke6/Ke5/Kd5/Kc5, Stalemate jika gerak Kc6, dan Illegal Move jika ke Kd7.


Endgame boleh dikelaskan mengikut jenis buah yang masih ada di atas papan. Basic Checkmates ialah posisi di mana suatu pihak hanya tinggal King sahaja dan di satu pihak lagi ada satu atau dua buah yang boleh checkmate King lawan melalui kerjasama antara buah tersebut dengan King nya.

Endgame yang lebih kompleks pula dikelaskan mengikut buah-buah yang ada pada papan berbanding King kedua pemain. Contohnya Rook and Pawn versus Rook Endgame.

Antara jenis Endgame yang utama ialah;

1. Basic checkmates

2. King and pawn endings
2.1 King and pawn versus king

3. Knight and pawn endings
3.1 Knight and pawn versus knight

4. Bishop and pawn endings
4.1 Bishop and pawn versus bishop on the same color
4.2 Bishops on opposite colors

5 Bishop versus knight endings (with pawns)
5.1 Bishop and pawn versus knight
5.2 Knight and pawn versus bishop

6. Rook and pawn endings
6.1 Rook and pawn versus rook
6.2 Quotation

7. Queen and pawn endings
7.1 Queen and pawn versus queen

8. Rook versus a minor piece

9. Two minor pieces versus a rook

10. Queen versus two rooks

11. Queen versus rook and minor piece

12. Queen versus rook

13. Piece versus pawns

14. Endings with no pawns


Gambar 2   Puzzle time! White to move...

Apakah best move bagi Putih dalam Gambar 2 di atas?

1. ___  ___
2. ___  ___
3. ___

Apakah keputusannya (result)?

a. 1-0
b. 0-1
c. 1/2-1/2



Sebagai kesimpulan, kesemua fasa di dalam permainan catur adalah saling berkaitan dan mempengaruhi antara satu fasa dan fasa seterusnya;-

A. Di Opening, pemain perlu mengusahakan apakah struktur atau posisi terbaik yang boleh dicapainya.

B. Di Middlegame, struktur tadi akan membawa kepada beberapa Pattern yang boleh menentukan penguasaan permainan dan perlukan banyak kemahiran seperti deep understanding of lines, sharp analysis, tactics dll kerana fasa ini merupakan yang kompleks sekali.

C. Di Endgame, bergantung kepada hasil dari Middlegame tadi akan membawa kepada Pattern yang lebih kecil lagi (sebagaimana yang disenarai di atas) dan perlukan kemahiran calculating ability yang lebih tepat.


Di dalam fasa-fasa ini, terdapat banyak lagi aspek yang perlu dipelajari seperti Skills & Techniques, Basic Knowledges, Principals, Repertoire dan lain-lain yang akan disentuh di masa akan datang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih Atas Maklumbalas Anda!