Khamis, 14 April 2016

ISTILAH-ISTILAH (1)

Di dalam permainan catur, terdapat banyak penggunaan istilah (terms) yang merangkumi aspek-aspek di dalam catur seperti peraturan, fasa, prinsip, taktik, strategi dan lain-lain. Istilah-istilah ini penting untuk diketahui dan difahami kerana ia sangat membantu untuk meningkatkan mutu permainan seseorang. Malah, istilah-istilah ini juga menjadi 'bahasa komunikasi' tentang apa yang berlaku di atas papan catur (permainan) sesama pemain.

Ada beberapa istilah yang telah diterangkan sebelum ini di tajuk yang terdahulu seperti blunder, zugzwang dan lain-lain. Pembaca boleh merujuknya semula di menu Tips [KLIK].

Bahagian pertama ini menyentuh secara ringkas SEMBILAN istilah dan bahagian kedua pula adalah mengenai istilah yang berkaitan dengan Pawns.


1. Fianchetto

Fianchetto ialah salah satu pattern of development di mana Bishop dimajukan ke 2nd Rank dihadapan Knight file, setelah Pawn di petak tersebut digerakkan satu atau dua petak ke hadapan.

Terdapat tiga bentuk utama fianchetto (dan lihat Gambar #1) iaitu:
a. Fianchetto / regular fianchetto - Pawn gerak satu petak ke hadapan. Sasar kawal long diagonal
b. Long fianchetto - Pawn gerak dua petak ke hadapan. Sasar kawal long diagonal
c. Extended fianchetto - Bishop gerak ke 3rd Rank. Sasar petak f8

#1   Contoh-contoh Fianchetto

Terdapat juga pattern Four Fianchettoed Bishops sebagaimana perlawanan antara Rubinstein lwn Nimzowitsch, Marieband 1925.


2. Gambit

Gambit merupakan istilah pada suatu Chess Opening di mana, selalunya, Putih mengorbankan suatu material biasanya Pawn, dengan tujuan untuk mencapai suatu posisi yang lebih menguntungkannya. Contoh Opening tersebut ialah King's Gambit, Queen's Gambit dan Evans Gambit.

Hitam juga mempunyai Gambit ketika Opening iaitu Latvian Gambit dan Englund Gambit namun ia kadang kala ia juga disebut "Countergambit".

Gambar #2-#4 menunjukkan antara contoh permainan Gambit.

#2   King's Gambit

King's Gambit
1. e4 e5
2. f4

#3   Queen's Gambit: Accepted
Queen's Gambit Accepted
1. d4 d5
2. c4 dxc4

#4   Queen's Gambit: Declined
Queen's Gambit Declined
1. d4 d5
2. c4 e6


3. Key square

Key square atau critical square ialah petak yang apabila King pemain berada di petak itu - atau menguasainya - dia boleh mendapat suatu keuntungan seperti pawn promotion atau tangkap pawn lawan. Key square adalah sangat berguna/penting di Endgame, khasnya apabila hanya tinggal Kings dan Pawns (king and pawn versus king endgame).

#5   Posisi selepas 57. Kc4

Gambar #5 adalah dari Gligoric vs Fischer, 1959. Apakah gerakan Hitam selepas 57. Kc4?
Jawapannya, 57...Kb8   Ini kerana Hitam boleh menghalang King Putih dari mencapai key squares iaitu petak yang ditanda hitam. Jika King Putih gerak ke 5th Rank, King Hitam guna teknik Opposition. Black draws.


4. King walk

King walk atau king march/steel king/fighting king ialah suatu keadaan di mana King bergerak merentasi papan dan terlibat aktif dalam mating attack ke atas King lawan. Ini sangat jarang berlaku kerana kebiasaannya keselamatan King adalah utama dan mesti terhindar dari segala bahaya, paling kurang sehinggalah Endgame.

Oleh kerana taktik yang jarang-jarang ini, pemain yang berjaya melakukannya biasanya akan mendapat brilliancy prizes. Antara contoh yang popular ialah Short vs Timman, Tilburg 1991 di mana Short menghadkan pergerakan buah Timman dan King nya (Short) dapat maju kehadapan.

#6   Posisi terakhir Short-Timman. King Putih bergerak dari g1 hinggalah berjaya melepasi pertahanan Hitam


5. Open file and semi-open file

Open file adalah keadaan di mana di file tersebut tiada lagi Pawn sama ada dari pemain Putih mahupun Hitam. Open file ini membuka ruang untuk Rook atau Queen menyerang atau menguasainya.

Semi-open atau half-open file pula ialah masih ada Pawn dari salah satu pemain.

"Always occupy (first) and control the open file" merupakan antara prinsip utama dalam permainan catur.  

#7   Anand-Ivanchuk, Amber 2001. Sumber Wikipedia

6. Outpost

Outpost merupakan petak di 4th, 5th, 6th atau 7th Rank yang dilindungi oleh Pawn dan tidak dapat diserang oleh Pawn lawan. Petak ini merupakan hole bagi lawan. Outpost merupakan posisi yang digemari untuk melancarkan serangan khususnya menggunakan Knight.

Knight lebih efektif di bahagian tengah papan (center) berbanding di bahagian sudut. Oleh itu, adalah ideal jika target untuk membuat outpost di salah satu file di bahagian tengah (c, d, e, atau f) dalam advanced position. Pengetahuan dan kemahiran tentang outpost adalah mustahak dalam exploiting situations melibatkan isolated queen's pawn.

Menurut Nimzowitsch, outpost di bahagian flank (a, b, g dan h) files adalah ideal untuk menempatkan Rook. Ini kerana Rook boleh memberi tekanan kepada semua petak di rank tersebut.

#8   Perhatikan Knight di petak c4. Petak c4 menjadi outpost untuk Knight dan tiada Pawn lawan dapat menyerangnya


7. Swindle

Swindle dalam catur bermaksud suatu keadaan/kebolehan di mana pemain yang berada dalam keadaan kalah (losing) dapat memperdaya (trick) lawan dan seterusnya beroleh kemenangan atau seri berbanding kalah yang dijangka sebelumnya. Antara contoh pemain catur tahap Master di abad yang lalu yang terkenal dengan kemahiran ini ialah Frank Marshall. Beliau ada menulis buku yang bertajuk Marshall's Chess "Swindles".

#9   Boleh anda teka apakah gerakan Putih yang seterusnya selepas 52...b1=Q ?


8. Tempo

Tempo ialah 'giliran gerak' atau satu gerak (single move). Pemain yang mencapai suatu tujuan dalam rancangannya dalam kurang satu atau beberapa gerak (fewer move), pemain itu mendapat tempo dan sebaliknya jika pemain melakukan satu gerak yang melebihi apa yang diperlukan, pemain itu kehilangan tempo. 

Begitu juga jika pemain dapat memaksa (forces) lawannya untuk melakukan suatu gerakan yang tidak ada dalam perancangan awal lawan tersebut, pemain itu mendapat tempo kerana lawannya telah waste moves. gerakan yang mendapat tempo biasanya disebut gerakan "beserta tempo".

#10   Sumber Wikipedia


9. Transposition

Transposition dalam catur bermaksud, suatu turutan pergerakan (sequence of moves) yang menghasilkan suatu posisi, di mana posisi itu juga boleh dicapai oleh suatu turutan pergerakan lain yang biasa digunakan. Tranposition biasanya berlaku ketika Opening di mana kebarangkalian suatu posisi itu boleh dicapai oleh pelbagai turutan pergerakan adalah tinggi. 

Ada beberapa tujuan transposition dilakukan iaitu mengelakkan variasi yang tidak diingini, berusaha supaya lawan keluar dari zon selesanya atau untuk membuatkan lawan bimbang dan tidak bersedia menghadapi variasi tersebut.

#11   Contoh Transposition. Sumber Wikipedia.

Untuk bacaan lanjut tentang contoh lain Transposition, silalah melawat pautan berikut [KLIK]


Bahagian Kedua - Pawn Terms [KLIK]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih Atas Maklumbalas Anda!