Isnin, 18 April 2016

HARI PERTAMA KEJOHANAN

Kejohanan Catur MSSD Kudat menyingkap tirai hari pertamanya pada hari ini 18 April 2016, jam 8 pagi. Kejohanan ini diadakan bertempat di Dewan Utama SMK Pinawantai selaku Pengelola bagi edisi tahun 2016.

Acara bermula seawal jam 8 pagi dengan aktiviti pendaftaran para kontinjen dan peserta dari sekolah rendah dan sekolah menengah bagi kategori Bawah 12 Tahun, Bawah 15 Tahun dan Bawah 18 Tahun masing-masing bagi Lelaki dan Perempuan. Senarai penuh peserta boleh dirujuk di sini [KLIK]

Sebanyak tiga pusingan berlangsung dan Pusingan 1 dimulakan pada jam 9:08 pagi. Kawalan Masa bagi pertandingan ini ialah Satu Jam bagi setiap pemain.

Setelah tiga pusingan, seramai 17 peserta berjaya mendapat tiga mata penuh iaitu 3.0/3:

Lelaki B12
1. Mohd. Farhan Izwan - SK. St. James
2. Aaron Oscarl Jaos - SK. Lampaki
3. Dennis Damian Nicholas - SK St. Peter
4. Azwan Bin Adam - SK. Pekan Kudat 2


Perempuan B12

1. Shermila Polinah Dusilip - SK. Lampaki
2. Nur Syahidah Binti Mohd. Yunus - SK. Sikuati
3. Siti Hajar Binti Mustapha - SK. Pekan 2


Lelaki B15
1. Muhamad Izatul Sharil Bin Sharon - SMK St. Peter
2. Abdul Wahid Bin Khazri - SMK Abdul Rahim


Perempuan B15
 1. Deelnie Justin - SMK Pinawantai
2. Tracey Leong Thomas - SMK Sikuati 2
3. Nur Aisyah Bt. Mohd. Juari - SMK Abdul Rahim
4. Ayu Munirah Bt. Idris - SMK Sikuati 2


Lelaki B18
1. Mohd. Khairil Izzan Bin Abdul Rahim - SMK St. Peter
2. Shahril Nizam Bin Matzan - SMK Abdul Rahim


Perempuan B18
1. Louradilla Jaffrin - SMK Matunggong
2. Hasnira Bt. Kasbulah - SMK Abdul Rahim


Pusingan 4 dan pusingan terakhir iaitu Pusingan 5 akan diadakan esok, bermula seawal jam 8 pagi. Selepas itu, acara penutupan dan penyampaian sijil, hadiah dan cenderahati kepada para peserta dan yang terlibat. Gambar-gambar yang diambil sepanjang hari ini ada di Album di bawah. Album ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.

ALBUM PENUH KEJOHANAN CATUR MSSD KUDAT 2016 [KLIK]





Nantikan berita selanjutnya!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih Atas Maklumbalas Anda!