Khamis, 14 April 2016

NOTATION

Kemas kini terakhir: 14 April 2016, 11:44am


Sedikit pengenalan tentang Notation (Notasi) atau rekod pergerakan catur telah disentuh di tajuk sebelum ini - Lima Langkah Asas Bermain Catur - sebagai pendahuluan. Pengunjung perlu membaca tajuk tersebut sebelum membaca tulisan ini bagi memudahkan pemahaman.

Pada masa kini, notasi catur menggunakan sistem moden yang dikenali sebagai Algebraic Chess Notation (ACN) yang telah diterima sebagai standard dan meluas digunakan. Untuk mengetahui tentang sejarah notasi catur, pembaca boleh membuat bacaan lanjut di sini [KLIK]. 

Tulisan ini menyentuh lebih lanjut pengenalan tentang notasi dan bagaimana ia dilakukan (menulis notasi). Amatlah digalakkan sambil membaca tulisan ini, set catur yang ada koordinat digunakan.


A. PENGENALAN 

Terdapat TIGA ASPEK di dalam notasi (ACN) iaitu:-

1. Perwakilan Buah

Setiap buah catur (material/pieces) diwakili oleh suatu huruf kecuali Pawn. Huruf yang mewakili itu ialah huruf pertama nama buah tersebut dalam Bahasa Inggeris dan hendaklah ditulis dalam huruf besar. 

King > K
Queen > Q
Rook > R
Bishop > B
Knight > N (tidak K kerana ianya telah dikhaskan untuk King)


Perhatikan gambar-gambar berikut: 

Gambar 1   Starting Position (1)

Gambar 2   Starting Position (2)

2. Koordinat

Sebagaimana buah catur, setiap petak di papan catur juga mempunyai 'nama'nya sendiri. Ini perlu kerana buah catur yang bergerak dari satu petak ke petak yang lain perlu diketahui - dari mana ke mana - bagi mengelak kekeliruan atau 'kehilangan punca'.

Perhatikan gambar berikut:

Gambar 3   Sumber Wikipedia

Perhatikan, setiap petak mempunyai dua benda iaitu Huruf dan Nombor. Huruf ditulis dalam huruf kecil dan sebelum nombor (huruf dulu baru nombor). Keseluruhan huruf tersebut ialah File (a-file, b-file dll) manakala yang melintang (nombor) ialah Rank (1st Rank, 2nd Rank, 8th Rank dll). 

Gambar 4   8th Rank dan h-File. Boleh namakan File dan Rank yang lain?


3. Aktiviti

Setelah mengetahui huruf buah dan nama petak, aspek seterusnya ialah bagaimana menulis/merekod aktiviti buah. Aktiviti ini diwakili oleh simbol tertentu.

Aktiviti > Simbol/Tanda

Capture (Tangkap) atau 'makan' > x

Check+

Checkmate > # atau ++

Castle Kingside (Short Castling) > O-O (huruf besar O)

Castle Queenside (Long Castling) > O-O-O

en passant > e.p. (optional*)

*Ianya amat digalakkan ditulis di dalam notasi

Promotion > = 


B. MENULIS NOTASI

Setelah mengetahui ketiga-tiga aspek di atas, maka memahami cara menulis notasi menjadi lebih mudah. Penulisan notasi yang lengkap sebenarnya menggabungkan kesemua aspek tersebut (minima dua bagi Pawn dan jika tiada Aktiviti seperti Capture, Check, Checkmate dan Promotion).

Penulis bahagikan cara menulis notasi ini kepada LIMA contoh bahagian bagi memudahkan pemahaman pembaca.

1. Capture (Tangkap), Check dan Checkmate

Gambar 5   3. Qa5+

Notasi Gambar 5 (bold & underline hanya sebagai penekanan):

1. e4 d5 

-Putih mula dengan menggerakkan Pawn di e2 ke e4
-Hitam membalas dengan menggerakkan pawn di d7 ke d5.

2. exd5 Qxd5

-Putih gerak pawn di e tangkap pawn di d5. Ianya ditulis exd5 . Pawn di e tadi kini sudah di d.
-Hitam menggerakkan Queen tangkap pawn di d5. Ianya ditulis Qxd5. Queen Hitam kini berada di petak d5.

3. d4 Qa5+

-Putih gerak pawn ke d4
-Hitam gerak Queen ke a5 dan Check. Ianya ditulis Qa5+

1. e4 d5
2. exd5 Qxd5
3. d4 Qa5+
4. ..dan seterusnya..


Gambar 6   4...Qxf2#

Notasi Gambar 6 (bold & underline hanya sebagai penekanan):

1. e4 e5
2. Nc3 Bc5
3. a3 Qf6
4. b4 Qxf2# (Checkmated)



2. Castle

Gambar 7   7...Be7 

1. e4 c5
2. Nf3 d6
3. d4 cxd4
4. Nxd4 Nf6
5. Nc3 a6
6. Be3 e6
7. Qd2 Be7
8.


Perhatikan posisi dalam Gambar 7, kedua-duanya telah bersedia untuk melakukan Castle... Putih sudah boleh castle di Queenside manakala Hitam pula sudah boleh castle di Kingside. Perhatikan anak panah merah dalam Gambar 8 dan Gambar 9 di bawah:-


Gambar 8   Perhatikan, King sentiasa bergerak dalam dua langkah/petak bila castle sama ada di Kingside atau Queenside.
Gambar 9   Posisi selepas kedua-duanya castle..

1. e4 c5
2. Nf3 d6
3. d4 cxd4
4. Nxd4 Nf6
5. Nc3 a6
6. Be3 e6
7. Qd2 Be7
8. O-O-O  O-O



3. en passant

Gambar 10   2...e5

Gambar 11   3. dxe6 e.p.

Notasi:
1. e4 d5
2. exd5 e5
3. dxe6 e.p.



4. Promotion

Gambar 12   Giliran Putih gerak. Katakan, Putih ingin lakukan Promotion..

Gambar 13   a8=Q+
Nota (merujuk Gambar 12-13):
-a8 bermaksud pawn di a7 telah sampai ke petak terakhir yang menjanjikan Promotion. Tanda Promotion ialah = 

-Maksud keseluruhan a8=Q+ ialah, pawn di promote di a8, menjadi Queen dan dalam masa yang sama Check.

-Dalam posisi di atas, jika Putih ingin memilih buah yang lain (Tidak boleh menjadi King dan kekal menjadi Pawn) buah tersebut ialah:

Rook > a8=R+
Knight > a8=N
dan Bishop > a8=B (Bishop petak putih atau light-squared bishop)



5. Some Special Conditions

a. Apabila dua buah yang sama, boleh gerak ke petak yang sama 

Gambar 14   Contoh Situasi Rook

Katakan;

Giliran Hitam gerak:
Terdapat dua Rook di Rank yang sama iaitu 4th Rank.

-Rook nya di h4 (h4-Rook) sedang diserang oleh Bishop di g3 (g3-Bishop). 
-Oleh itu, Rook tersebut perlu gerak ('lari') ke petak yang lebih selamat.
-Jika Rook tersebut bergerak ke petak lain yang masih dalam 4th Rank, maka notasi pergerakannya ialah Rhd4 atau Rhc4 yang bermaksud, Rook di h-file yang bergerak ke d4 atau c4

Gambar 15   Rhd4

Kemudian, giliran Putih gerak;
-Terdapat dua Rook Putih di a-file. Katakan, Putih gerak salah satu Rook ke salah satu petak yang masih dalam a-file di antara keduanya seperti Gambar 16 di bawah;

Gambar 16   R7a5

R7a5 bermaksud, Rook di 7th Rank yang bergerak ke a5. Apakah notasi jika Rook di a1 yang gerak ke a5?


Gambar 17   Contoh Situasi Knight. 1. Bd5. 
 Apakah gerakan (best move) Hitam yang seterusnya?
Jawapannya, 1...N8e7
Knight di 8th Rank yang bergerak ke e7


Gambar 18   Bagaimana jika ada capture?
1. dxe7
Bagaimana jika ada capture? Jawapannya, 1...N8xe7

Perhatikan;
Ne7 - Knight gerak ke e7 (sekali gus bermaksud, hanya satu Knight sahaja yang boleh ke petak itu pada masa itu)
N8e7 - Knight di 8th rank yang gerak ke e7
N8xe7 - Knight di 8th rank yang tangkap buah di e7
N8xe7+ - Knight di 8th rank tangkap buah di e7 dan Check
N8xe7# - Knight di 8th rank tangkap buah di e7 dan Checkmate
N8e7+ - Knight di 8th rank yang gerak ke e7 dan Check

Gambar 19   Apakah notasi bagi gerakan Putih di atas?

Sebagai latihan, tuliskan notasi lengkap bagi games yang berikut:

Gambar 20   Latihan 1

Gambar 21   Latihan 2

Kredit:
Latihan 1 - By Winston365 - Automatically generated from pgn file with wikipedia chess templates, CC BY-SA 3.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=9745253

Latihan 2 - By Karophyr at English Wikipedia, CC BY-SA 3.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=2160509



KESIMPULAN

Menulis notasi merupakan kemahiran asas bagi seorang pencatur. Ini akan meluaskan lagi pengetahuan dan kefahaman seseorang tentang suatu permainan catur (chess game) tersebut. Dengan melihat notasi ini sahaja, 'jalan cerita' apa yang berlaku antara kedua pemain di atas papan dapat 'dilihat' dan segera diketahui dengan mudah. 

Melalui notasi ini juga, kita boleh 'membaca', menganalisis dan merujuk games yang terdahulu khususnya ketika kita bermain di suatu pertandingan. Kita boleh menyemak (analisis) kenapa kita kalah, bagaimana kita boleh menang, apakah bad/strong moves, inaccuracy, mistake atau blunder yang terhasil dalam game tersebut. Malah, kita juga boleh mendapatkan notasi dari pemain lain seperti Profesional dan Master.

Ini penting untuk meningkatkan lagi daya analisis, memahami dengan lebih mendalam, sebagai peringatan untuk mengelak melakukan kesilapan yang sama di masa akan datang dan banyak lagi. Dengan itu, barulah kemahiran-kemahiran dalam bermain catur kita akan bertambah baik, mantap dan tidak melakukan kesilapan-kesilapan mudah.


Gambar 20   Contoh notasi di Scoresheet (salinan pendua/carbonized). Klik pada imej untuk zoom.


Malaysian Chess Championship 2016 
(Formerly known as National Closed Chess Championship)
Round 2, Table 25



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih Atas Maklumbalas Anda!