Isnin, 11 April 2016

FASA DALAM CATUR - MIDDLEGAME

Terdapat TIGA Fasa Catur iaitu Opening, Middlegame dan Endgame. Kesemua fasa ini amat penting dan perlu dikuasai sebaik mungkin oleh setiap pemain catur. Tulisan ini menyentuh secara ringkas pengenalan beberapa idea/konsep dalam ketiga-tiga fasa.

FASA OPENING [BACA]

FASA MIDDLEGAME

Middlegame merupakan fasa yang bermula selepas Opening. Sebenarnya, tiada garisan tanda (langkah/gerakan ke berapa) antara Opening dan Middlegame (dan begitu juga antara Middlegame dan Endgame) namun Middlegame biasanya bermula setelah kebanyakan buah (pieces) telah dimajukan (developed). Setelah memajukan buah-buah tersebut, pemain mestilah membentuk perancangan seterusnya berdasarkan posisi atau struktur yang telah dicapai di atas papan. Maka, disinilah kebarangkalian posisi taktikal akan muncul.

Semasa Middlegame, kebanyakan kombinasi akan berlaku. Kombinasi ialah siri gerakan taktikal yang dilancar bagi memperoleh sesuatu. Kombinasi di Middlegame selalunya adalah serangan ke arah King lawan.

Suatu perancangan yang spesifik selalunya muncul dari sekumpulan Opening khusus yang akan menghasilkan jenis struktur Pawn yang spesifik. Sebagai contoh, Minority Attack iaitu serangan Pawns di Queenside ke atas lawan yang sudah tidak mempunyai Pawn di Queenside. Justeru, mempelajari suatu Opening saling berkaitan dengan plan persediaan yang akan menghasilkan suatu Middlegame. Sebagai perumpamaan mudah, Opening A akan menghasilkan Middlegame A.

Salah satu aspek yang perlu dipertimbangkan semasa Middlegame ialah bagaimana mengurangkan material (buah-buah catur) dan menjadikannya (transition) kepada Endgame. Contohnya prinsip Simplify.

Berikut merupakan antara beberapa konsep/idea atau prinsip utama (tactical/positional) semasa di Middlegame:

1. Isolated Pawn

2. Center Closing

3. Sacrifice on e3

4. Sacrifice on h5/h4

5. Central Passed Pawn

6. Plan & Weaknesses
-Attack on open file
-Attack/aim King location
-Clearance
-Improving the position of Queen first & always
-Don't check if it is useless (must does a matter)

7. Majority
-Create a plan toward it
-How to stop the majority

8. Simplify the game
-Calculating the exchange
-Exchange your less active piece with opponent's active/dangerous piece


Sebagai contoh pada pengenalan fasa ini, penulis memilih Sicilian Defense sebagai Opening dan kita lihat apakah permulaan Middlegame yang boleh muncul dari variasi Opening bagi Sicilian Defense tersebut.


Middlegame I

Gambar 1   Sicilian Defense: Dragon Variation

Opening yang dimulakan dengan gerakan 1. e4 c5 dinamakan sebagai Sicilian Defense. Dari Sicilian Defense ini, ia mempunyai pelbagai lagi variasi yang berdasarkan posisi/struktur/pattern yang telah dicapai.

1. e4 c5
2. Nf3 d6
3. d4 cxd4
4. Nxd4 Nf6
5. Nc3 g6

Dragon Variation is characterized by developing the f8-bishop on the long diagonal. Unlike in the Scheveningen Variation, in which the black dark-squared bishop sometimes remains passive for a long time, in the Dragon it is active from the very opening, keeping under fire the white center and the queenside.

Nama Dragon diambil kerana Hitam kelihatannya seperti seekor naga (Kingside = 'kepala naga'). Karakter naga juga adalah ganas dan kuat. Karakter ini juga dapat dilihat pada Hitam sebagaimana diterangkan di atas.

Here in this position, white has three main options:

1) 6. Be2 The Classical Variation, prepare to castle Kingside if he want to or allowed and leads to solid positional play

2) 6. g3 prepare to develop his f1-bishop to g2, develop the knight and castle Kingside just like black does. This is called Symmetrical 

3) 6. Be3 with the idea of f3 and Qd2 followed by 0-0-0, which leads to very sharp play


Perhatikan:
Putih
1. Putih mendahului development di mana kedua-dua Knights dan Bishops nya sudah aktif  (look the possible squares for them to move) berbanding Hitam

2. Putih mempunyai pilihan sama ada castle Kingside atau Queenside, bergantung kepada perancangannya dan juga jika keadaan mengizinkan

3. Putih mencapai early dynamic play. Maksud dinamik ini ialah pieces dan strukturnya dalam keadaan menyerang tetapi boleh juga bertahan sekiranya ada counterplay/counter attack dari lawan. Begitu juga dalam keadaan bertahan tetapi boleh melancarkan serangan (counterplay/counter attack) kepada lawan


Hitam
1. Diperingkat awal ini, Hitam ketinggalan dari segi development di mana beberapa pieces masih berada pada posisi asal dan tidak aktif (tiada/kurang ruang untuk bergerak) berbanding pieces Putih. Contohnya a8-rook.

2. Dalam posisi ini, Hitam biasanya castle di Kingside dan jarang sekali di Queenside. Ini kerana c-file telah menjadi semi open file dan telah ada set up pertahanan untuk King Hitam di Kingside.

3. Hitam haruslah bermain aggresive kerana faktor-faktor di atas tadi tetapi tajam (sharp play) dan mempunyai perancangan yang telah didalami sebaiknya (deep understanding of the line)


Middlegame II

Gambar 2   Sicilian Defense: Najdorf Variation, English Attack

1. e4 c5
2. Nf3 d6
3. d4 cxd4
4. Nxd4 Nf6
5. Nc3 a6 (The Najdorf)
6. Be3 (The English Attack)

Having developed his bishop to e3, White intends to castle queenside after f2-f3 and Qd1-d2 and to launch a kingside pawn attack with h2-h4, g2-g4-g5 etc. Black has two main options:

1) 6...e6
Open the square for his f8-bishop to develop to e7 protecting (aid) the knight, prepare to castle Kingside and add additional control on central squares

2) 6...e5
Open up the square at the same time for his f8-bishop and c8-bishop to develop, chase away the d4-knight and add contorl on central squares. Black also normally castle to Kingside soon



FASA ENDGAME [BACA]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih Atas Maklumbalas Anda!