Jumaat, 15 April 2016

ISTILAH-ISTILAH (2)

Bahagian I [KLIK]

Bahagian II ini menyentuh beberapa istilah yang digunakan khas merujuk kepada Pawn. Kesemua istilah ini juga berkait rapat dengan suatu positional advantage atau positional disadvantage yang boleh diusahakan atau dielak oleh pemain semasa permainan.


1. Backward Pawn

Backward Pawn ialah Pawn yang ketinggalan di belakang berbanding Pawn lain yang sama warna dengannya. Kekurangan bila ada backward pawn ini ialah ianya menjadi beban untuk dilindungi dan mudah menjadi sasaran lawan. Namun jika dapat dijaga, Pawn ini boleh menyokong Pawns lain dihadapannya (backup).

#1 Contoh Backward Pawn.
 

2. Connected Pawn

Connected Pawns ialah Pawns yang telah berhubung membentuk satu formasi (Gambar #2).

Connected Passed Pawns ialah Connected Pawns yang sudah masuk (passed) ke dalam kawasan (territory) lawan tanpa ada buah lawan dihadapan (dalam File yang sama) atau File bersebelahan (adjacent files). Connected Passed Pawns adalah lebih kuat berbanding Passed Pawn. Pengecualian pada opposite-colored bishops endgame di mana jika connected pawns tidak melepasi 5th rank mereka, maka ia adalah seri secara teori manakala menang jika Pawns itu saling berjauhan (separate) di bahagian lain.

Struktur Pawn yang sebegini adalah sangat kuat di Endgame, terutama apabila ia mendapat sokongan dari pieces yang lain. Selalu lawan terpaksa membuat sacrifice bagi menghalang Pawn tadi dari Promotion.

Dua connected pawns yang berada pada rank yang sama tanpa ada rakan Pawn yang lain di files bersebelahannya disebut sebagai Hanging Pawns.

#2   Contoh keadaan Connected Pawns. 


3. Doubled Pawns

Doubled Pawn ialah keadaan di mana dua Pawn berada pada file yang sama dan saling berdekatan (Gambar #3). Ada juga tripled dan quadrupled pawns (Gambar #4). Doubled pawns ini terbahagi kepada beberapa jenis, bergantung kepada faktor-faktor berikut:-

a. kekurangan pergerakan
b. tidak boleh berfungsi sebagai pawn normal
c. tidak dapat ditukar (exchange) pada pawn normal lawan
d. terdedah kepada serangan, kerana pawn dihadapannya tidak dapat dipertahankan (defended) dari belakang (behind) oleh rook.

#3 Contoh Doubled Pawns.

#4 Contoh Tripled dan Quadrupled Pawns. 

#5 Jenis-jenis Doubled Pawns. 

Pada situasi tertentu, doubled pawns yang berada dibahagian tengah adalah tidak lama dalam kedudukan itu dan mempunyai lebih pengaruh / kelebihan berbanding double pawns di kawasan flank iaitu file a dan h.

Doubled Pawns mempunyai kelemahan dan juga kelebihan tertentu, bergantung kepada corak permainan atau struktur yang dicapai oleh kedua pemain bermula dari Opening. Ada doubled pawns yang disengajakan bagi mendapat kelebihan tersebut, contohnya, dalam Opening - Alekhine's Defense: Two Knights Variation.


4. Isolated Pawn

Isolated Pawn ialah Pawn yang terasing, di mana tiada rakan Pawn dipetak bersebelahan dengannya (Gambar #6). Isolated Queen's Pawn pula disebut Isolani (Gambar #7). Isolated Pawn biasanya adalah lemah dan menjadi beban kerana ia tidak dapat dilindungi (protected) oleh Pawns yang lain terutama ketika di Endgame. Namun, terdapat kelebihan yang boleh diperolehi sebagai pampasan (compensation) iaitu improved development dan peluang untuk menyerang balas (counterplay).

#6   Contoh keadaan Isolated Pawn

#7   Contoh Isolani. Kramnik-Kasparov, World Championship 2000


5. Maroczy Bind

Maroczy Bind ialah satu formasi Pawn yang biasa digunakan untuk menghadapi Sicilian Defense. Ianya dinamakan sempena nama Geza Maroczy, seorang Grandmaster dari negara Hungary. Karakter Maroczy Bind ini dapat dilihat melalui Pawn Putih ada di e4 dan c4 sementara d-pawn sudah ditukar (exchange) dengan c-pawn Hitam. Apabila Putih mempunyai Pawn di e4 dan c4, ia menyulitkan Hitam untuk memberi ruang posisi (to free his position) dengan gerak d5 lalu memilih gerak yang sedikit aktif iaitu d6. Sebab itu ianya disebut "Bind". Hitam biasanya menggunakan formasi Hedgehog untuk menghadapi Bind ini.

#8   Maroczy Bind


6. Passed Pawn

Passed Pawn ialah Pawn yang tiada Pawn lawan dapat menghalangnya dari maju ke 8th rank, sama ada dihadapannya pada file yang sama atau di files bersebelahan. Passed Pawn adalah satu kelebihan kerana hanya pieces lawan sahaja yang boleh menghalangnya dari Promotion.

Terdapat tiga situasi utama dalam Passed Pawn iaitu:-

a. Protected Passed Pawn
Protected Passed Pawn yang mendapat perlindungan dari rakan Pawn yang lain (Gambar #9). Seperti Connected Passed Pawn, formasi ini adalah kuat kerana ianya sukar untuk dihalang. Kadang kala, minor pieces dikorbankan supaya Pawn mempunyai laluan yang jelas (clear path) untuk Promotion di 8th rank. Contohnya seperti Gambar #10  di bawah:

#9   Contoh-contoh Passed Pawn

#10   Botvinnik-Capablanca, AVRO 1938

White continued
30. Ba3! Qxa3
31. Nh5+! gxh5
32. Qg5+ Kf8
33. Qxf6+

*Tanda ! bermaksud gerak tersebut adalah terbaik dan kuat (best and strong move). Tanda ini hanya digunakan dalam notasi untuk analisis.


b. Outside Passed Pawn
 Outside Passed Pawn ialah passed pawn yang berada atau hampir kepada sudut kiri/kanan papan dan terpisah beberapa files dari Pawns yang lain. Formasi pawn sebegini selalu memberi banyak kelebihan kerana King lawan mampu untuk menjaga kedua-dua bahagian. 

#11   Fischer-Larsen, Candidate Match 1971




White to play:
41. Kd4 Kd6
42. a5 f6
43. a6 Kc6
44. a7 Kb7
45. Kd5 h4

        If 45...f5 46. h4 wins.

46. Ke6 1–0 (Müller & Pajeken 2008:39–40).



Outside Passed Pawn juga berkuasa (powerful) semasa Endgame apabila bersama dengan minor pieces. Ianya tidak berapa berkuasa di Rooks Endgame kerana Rook lawan boleh menyerangnya dari belakang.

#12   Levenfish-Smyslov, 1957


c. Passed Pawns in the endgame

#13   Contoh Passed Pawn ketika Endgame. White to move and win.

Bacaan lanjut: [KLIK]
Semua gambar yang digunakan bersumber dari Wikipedia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih Atas Maklumbalas Anda!