Ahad, 17 April 2016

STRATEGI (1)

Sesudah mengetahui tentang beberapa taktik asas dalam permainan catur, aspek utama yang seterusnya ialah mengetahui dan memahami tentang Strategi dalam catur.

Strategi ialah aspek permainan catur yang menekankan penilaian suatu posisi catur (evaluation of chess positions) dan menetapkan matlamat dan perancangan jangka panjang untuk permainan di masa akan datang. Ketika membuat penilaian tersebut secara strategi, seorang pemain mestilah mengambil kira beberapa faktor seperti nilai relatif suatu buah semasa di papan, struktur Pawn, keselamatan King, posisi buah-buah, dan kawalan ke atas key square dan sekumpulan petak (diagonals, open files, individual squares dll).

Strategi catur berbeza dengan Taktik catur, di mana aspek permainan menekankan penetapan gerak-demi-gerak ancaman-ancaman dan pertahanan-pertahanan (the move-by-move setting up of threats and defenses).


Bahagian 1 ini menyentuh EMPAT Strategi Asas dalam catur secara ringkas. Strategi tersebut ialah:-


1. ARTIFICIAL CASTLING

Ianya bermaksud, suatu King yang telah kehilangan hak atau kelebihannya untuk melakukan castle, mencapai castled position dalam beberapa langkah berbanding satu gerak istimewa (the one special move). Adalah kebiasaan apabila pemain berusaha untuk menghilangkan keistimewaan lawan untuk castle kerana biasanya castle akan menguatkan lagi pertahanan lawan. Oleh itu, strategi sebegini perlulah dimasukkan dalam perancangan semasa bermain.

[LANJUT]


2. COMPENSATION (Pampasan)

Compensation adalah kelebihan posisi jangka pendek yang diperolehi suatu pemain dalam pertukaran (in exchange) suatu material yang tidak berkelebihan (material disadvantage). Kelebihan jangka pendek melibatkan inisiatif dan serangan.

Compensation termmasuklah perkara-perkara berikut:

1. Better pawn structure.

2. The "two bishops", which refers to having bishops of both colors while your opponent does not. Almost all modern players consider having both bishops as an advantage, though historically there has been great debate as to how much of an advantage they constitute. The two bishops are most likely to show their power in the endgame.

3. Better piece activity and/or better development (common in gambits).

4. Having the enemy king open to future attack, either due to a loss of pawn cover or being trapped in the center of the board is often excellent compensation.

5. Passed pawns are often decisive in the endgame.

6. Connected and/or protected passed pawns are even more deadly.

7. Control over key squares, diagonals, files, or ranks.


3. EXCHANGE AND THE EXCHANGE

Exchange ialah situasi apabila suatu buah, biasanya piece (Pawn bukan termasuk dalam kategori piece), ditukarkan kepada suatu piece lawan. 

The exchange pula membawa pengkhususan kepada aktiviti exchange itu tadi dan melibatkan beberapa situasi exchange. Setiap piece mempunyai nilainya yang tersendiri sama ada secara relatif, posisi dan aktivitinya. Sebagai contoh, jika pemain menukarkan (exchange) suatu piece nya yang kurang aktif dengan piece lawan yang lebih aktif/mendominasi posisi/berbahaya, maka pemain tersebut dikatakan won the exchange dan sebaliknya. Jika exchange itu melibatkan antara minor tukar major, maka pemain minor piece itu dikatakan up the exchange dan sebaliknya. Ini kerana Rook mempunyai nilai relatif yang lebih berbanding Bishop dan Knight. Sebab itu Rook disebut juga sebagai Major Piece dan Bishop dan Knight disebut Minor Piece.

[LANJUT]


4. INITIATIVE

Inisiatif dalam posisi catur adalah merujuk kepada pemain yang boleh membuat ancaman yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, dia meletakkan lawannya dalam posisi terpaksa menggunakan giliran geraknya untuk memberi respon kepada ancam tadi berbanding menggerakkan buah yang telah dirancangnya terlebih dahulu.

Pemain yang mempunyai inisiatif akan selalu mencari laluan bergerak (maneuver) buah-buahnya ke posisi yang lebih dan lebih optimum (advantageous) bagi melancarkan serangan yang berjaya. Pemain yang kekurangan inisiatif boleh menambah inisiatifnya melalui serangan balas (counterattack).

[LANJUT]



BAHAGIAN 2 [KLIK]





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih Atas Maklumbalas Anda!