Ahad, 17 April 2016

TAKTIK (1)

Setelah mengetahui beberapa asas utama dalam permainan catur, kini penulisan menyentuh tentang satu lagi aspek penting dalam catur iaitu taktik. Taktik merupakan suatu kemahiran (skil) yang melibatkan teknik tertentu dan ianya dapat dipertingkatkan lagi melalui latihan dan banyak bermain menggunakan beberapa posisi tertentu untuk perbandingan dan analisis. Mempunyai pelbagai kemahiran taktikal akan membantu pemain mendapat kelebihan, menguasai permainan (turn the board to his/her favor) dan seterusnya memastikan kemenangan dengan bergaya.

Taktik juga boleh menjadi indikator kepada karakter/kategori seseorang pemain sama ada ianya seorang yang taktikal, positional dan lain-lain. Secara mudah, seorang yang cenderung suka menyerang (attacking player) perlu menguasai pelbagai taktik bagi menajamkan lagi serangannya.

Dalam Bahagian 1 ini, SEPULUH Taktik Asas disentuh sepintas lalu sebagai pengenalan.


1. Checkmate Pattern

Checkmate Pattern (Corak Checkmate) ialah bentuk-bentuk Checkmate yang melibatkan beberapa buah. Sebagai contoh, checkmate pattern yang melibatkan Q+K vs K dinamakan sebagai Queen Mate. Menurut Wikipedia, terdapat 33 Checkmate Pattern [KLIK].

Kemahiran mengetahui Checkmate Pattern cukup penting kerana pemain boleh menentukan apakah pieces yang digunakan untuk operasi Checkmate yang boleh wujud berdasarkan posisi atau struktur sedia ada di papan. Lebih-lebih lagi, semasa dipenghujung Middlegame.


2. Combination

Kombinasi ialah suatu turutan pergerakan, yang selalunya dimulakan oleh Sacrifice, yang mengakibatkan lawan kekurangan pilihan untuk gerakan seterusnya. Definisi Kombinasi menurut Irving Chernev ialah:

"What is a combination? A combination is a blend of ideas – pins, forks, discovered checks, double attacks – which endow the pieces with magical power. It is a series of staggering blows before the knockout. It is the climactic scene in the play appearing on the board. It is the touch of enchantment that gives life to inanimate pieces. It is all this and more – A combination is the heart of chess (Chernev 1960)."

Secara ringkas, kombinasi ialah gabungan beberapa taktik lain yang digunakan bersama untuk memperoleh kelebihan dan seterusnya kemenangan.


3. Battery and Alekhine's Gun

Battery dalam catur ialah suatu formasi yang mengandungi dua atau lebih pieces dalam Rank, File atau Diagonal yang sama. Ia adalah taktik yang termasuk dalam siri perancangan menangkap (captures) bagi menyahkan (remove) perlindungan King lawan, atau hanya untuk mendapatkan pertukaran (exchanges).

#1   Contoh Battery

Sebagaimana Battery, Alekhine's gun juga formasi yang sama namun ianya hanya melibatkan Rooks dan Queen sahaja, di mana pieces tersebut akan 'berbaris' dalam satu semi-open File (biasanya) dan Queen berada dibelakang sekali. Formasi ini dinamakan sempena World Chess Champion, Alexander Alekhine, selepas perlawanan antara dia dan Aron Nimzowitsch di San Remo, 1930.

#2   The very first of Alekhine's gun


4. Block (Halang)

Block ialah suatu taktik defensif (situasi bertahan) sebagai respon kepada serangan, dengan meletakkan suatu piece nya di antara piece lawan yang menyerang dan piece nya yang diserang. Namun, taktik ini hanya dapat digunakan jika pieces yang menyerang tersebut ialah yang bergerak secara linear seperti Queen, Rook dan Bishop.


5. Decoy (Jerat)

Decoy ialah suatu taktik menjerat buah lawan, biasanya King atau Queen, dengan memaksanya bergerak ke suatu 'petak beracun' (poisoned square) dengan melakukan sacrifice ke atas petak tersebut. Perhatikan gambar dan penerangannya di bawah:-

#3   Contoh Decoy

In the diagram, with Black to play, illustrates two separate decoys. First, the white queen is set up on c4 for a knight fork: 1... Rxc4! 2. Qxc4. Next, the fork is executed by removing the sole defender of the a3-square: 2... Qxb2!+ 3. Rxb2 Na3+ 4. Kc1. Finally, a zwischenzug decoys the king to b2: 4... Bxb2+. After either 5.Kxb2 Nxc4+ 6.Kc3 Rxe4, or 5.Kd1 Nxc4, Black is two pawns ahead and should win comfortably.

Perhaps the most celebrated game featuring a decoy theme is Petrosian vs. Pachman, Bled 1961, which also involved a queen sacrifice.



6. Deflection (Pemesongan)

Deflection ialah suatu taktik untuk memaksa buah lawan untuk meninggalkan suatu petak, Rank atau File yang didudukinya, supaya King atau valuable piece lawan tersebut terdedah kepada ancaman/bahaya. Ianya biasa digunakan dalam konteks kombinasi atau menyerang, di mana buah yang terpesong (deflected piece) ialah buah yang kritikal untuk pertahanan (critical to the defense).

#4   Contoh Deflection

Deflection mungkin juga digunakan sebagai gambit untuk menyebabkan buah lawan bergerak ke petak yang kurang optimum (less suitable square). Deflection selalu digunakan sebagai sebahagian daripada kombinasi yang juga melibatkan jenis taktik catur yang lain.


7. Discovered Attack

Discovered Attack ialah serangan yang muncul apabila suatu buah bergerak dari laluan check suatu buah yang lain (moves out of the way of another). Taktik ini sangat berkuasa kerana pergerakan buah tersebut (yang menghalang laluan) menyebabkan buah yang muncul (piece it reveals) mengancam dengan bebas. Sebagaimana taktik yang lain, ianya berjaya kerana lawan tidak dapat menguruskan dua ancaman sekali gus.

#5   Contoh Discovered Attack

Sementara secara tipikalnya hasil Discovered Attack ialah memperoleh material, ianya tidak perlu sentiasa begitu; taktik ini juga boleh digunakan bagi memperoleh tempo. Jika suatu Discovered Attack ialah Check, ia disebut Discovered Check.


8. Double Check

#6   Contoh Doubled Check

Double Check ialah check yang dibawa (delivered) oleh dua buah secara serentak. Dalam notasi catur, ianya sentiasa diwakili oleh simbol yang sama seperti Single Check ("+") tetapi kadangkala juga disimbolkan sebagai "++". Bagaimanapun, tanda "++" juga boleh merujuk kepada Checkmate.


9. Fork

#7   Contoh Fork

Fork ialah taktik di mana satu buah membuat dua atau lebih serangan terus dalam masa yang sama atau serentak (direct attack simultaneously). Situasi ini juga disebut Double Attack. Penyerang biasanya mensasarkan untuk mendapatkan material dengan menangkap salah satu buah lawan. Yang bertahan (defender) biasanya kesukaran untuk menghadapi (counter) dua atau lebih ancaman pada satu gerak langkah (single move). Buah yang menyerang disebut forking piece; buah yang diserang disebut pula forked piece. Buah yang dipertahan masih dianggap di forked jika forking piece mempunyai nilai yang lebih rendah.

Selain buah yang menyerang, target fork boleh juga direct mating threat, contohnya menyerang Knight yang tidak dilindungi dan dalam masa yang sama membina (setting up) Battery antara Queen dan Bishop untuk mengancam mate. Atau, target juga adalah sekadar untuk meneruskan ancaman.  

Fork selalu digunakan sebagai sebahagian daripada kombinasi yang mungkin melibatkan taktik catur yang lain.


10. Pin

Pin ialah situasi yang dibawa (brought) oleh buah yang menyerang (attacking piece) dimana buah yang sedang bertahan (defending piece) tidak dapat bergerak tanpa mendedahkan defending piece yang lebih bernilai padanya (on its other side) untuk ditangkap oleh buah yang menyerang.

"To pin" merujuk kepada aksi dimana buah yang menyerang mencetus (inducing) pin tersebut, dan buah yang bertahan yang telah terhad pergerakannya diterangkan sebagai "telah di pin" atau pinned.

Terdapat empat jenis Pin dan istilah lain bagi Pin seperti berikut:-

Jenis-
a. Absolute Pin
b. Relative Pin
c. Partial Pin
d. Situational Pin

Istilah-istilah Pin-
a. Pin combinations
b. Unpinning

#8   Contoh Absolute Pin dan Relative Pin

#9   Contoh Partial Pin

#10   Contoh Situational Pin

Bacaan lanjut tentang Pin boleh dirujuk di sini [KLIK]


Nota: Semua gambar di atas adalah bersumber dari Wikipedia.


BAHAGIAN 2 [KLIK]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih Atas Maklumbalas Anda!