Isnin, 11 April 2016

FASA DALAM CATUR - OPENING

Terdapat TIGA Fasa Catur iaitu Opening, Middlegame dan Endgame. Kesemua fasa ini amat penting dan perlu dikuasai sebaik mungkin oleh setiap pemain catur. Tulisan ini menyentuh secara ringkas pengenalan beberapa idea/konsep dalam ketiga-tiga fasa.

FASA OPENING

Opening merupakan fasa awal di dalam permainan catur, yang biasanya dalam 10 langkah pertama yang dibuat oleh kedua-dua pemain dan bergantung kepada jenis/bentuk Opening yang dicapai oleh mereka. Terdapat banyak jenis Opening yang diberi nama dan ianya dikatalog di dalam Encyclopaedia of Chess Openings. Jenis/bentuk Opening ini mempunyai pelbagai karakter seperti Quiet Positional sehinggalah Aggressive.

Tujuan Strategik Asas Opening ialah seperti berikut:

1. DEVELOPMENT
Teknik meletakkan suatu buah, khususnya Bishops dan Knights, pada suatu petak yang berguna (on useful squares) di mana buah itu tadi memberi kesan/impak yang paling optimum semasa permainan.

Gambar 1   1.Nf3 Na6

Perhatikan Gambar 1, Knight Putih telah developed ke petak (f3) yang memberikannya kesan lebih optimum berbanding Knight Hitam (a6)


2. CONTROL OF THE CENTER
Penguasaan bahagian tengah petak (central squares) membolehkan buah-buah bergerak kemana-mana bahagian pada papan, secara relatifnya mudah dan boleh mengehadkan (cramping effect) pergerakan buah lawan.

Gambar 2   Pembahagian dan nama kawasan. Petak berwarna merah merupakan central squares yang utama 


3. KING SAFETY
Adalah mustahak untuk memastikan King sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dari sebarang kemungkinan bahaya yang timbul sama ada oleh kerana pergerakan kita mahupun perancangan musuh. Castling pada masa yang tepat (correctly timed castling) akan menambah keselamatan King.


4. PAWN STRUCTURE
Struktur Pawn adalah penting kerana ianya akan membawa kesan pada fasa catur yang seterusnya iaitu di Middlegame dan seterusnya di Endgame. Pemain berusaha untuk mengelak daripada mencipta kelemahan pada Pawn seperti Isolated, Doubled, Backward Pawn dan Pawn Islands


Memandangkan Putih mempunyai kelebihan satu langkah, maka ini menjadikan Putih mempunyai inisiatif iaitu membentuk corak awal permainan yang dia ingin capai. Dalam masa yang sama, Hitam berusaha untuk meneutralkan kelebihan Putih ini dan mencapai equality atau equal/balanced position, atau memajukan serangan balas yang dinamik (develop dynamic counterplay) jika posisi adalah tidak seimbang (unbalanced position)


Contoh-contoh Opening yang popular dalam kalangan amatur:-

1. King's Pawn - 1. e4 
1.1 Sicilian Defense - 1. e4 c5
1.2 French Defense - 1. e4 e6
1.3 King's Pawn Game - 1. e4 e5
1.4 King's Gambit - 1. e4 e5 2. f4 (leads to either Accepted or Declined)

2. Queen's Pawn - 1.d4
2.1 Queen's Pawn Game - 1. d4 d5
2.2 Queen's Gambit - 1. d4 d5 2. c4 (leads to either Accepted or Declined)

3. English Opening - 1. c4

4. Reti Opening - 1. Nf3



FASA MIDDLEGAME [BACA]

FASA ENDGAME [BACA]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih Atas Maklumbalas Anda!